Tuesday, January 26, 2010

PROGRAM PERMATA TERBILANG, PPIM

Cufazleena, Nur Amrina, Salasiah dan Mas Ameera, mewakili SMK Pending menghadiri Kursus
Program Permata Terbilang anjuran pergerakan puteri Islam Malaysia
peringkat Daerah bagi Negeri Sarawak.
Kursus ini bertempat di Sekolah Menengah Sains Kuching, bermula dari 18 nov sehingga 21 Nov.


Bergambar beramai-ramai sempena majlis penutupan kursus.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM SURVIVAL





Pengenalan PPIM

1/SEJARAH PENUBUHAN PPIM MALAYSIA

Diilhamkan oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM)

 
2/PENGASAS
 
AMAT MULIA
TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH
RAJA PERMAISURI AGUNG MALAYSIA YANG PERTAMA



1. YDP PPIM Pertama dari 1969- 18 Mac 1995

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norashikin Ismail

2. Setiausaha Kehormat Pertama dari 1969 - Jun 1996
Yang Berbahagia Dato’ Lily Majeed
3.YDP PPIM KE 2 -18 Mac 1995 - 1 Feb 1999
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail



SEJARAH PENUBUHAN


1980 - PPIM mula diperkenalkan di sekolah menengah
17 Jun 1981 - PPIM dilancarkan secara rasmi
8 Dis 1988 - PPIM ditubuhkan di sekolah rendah
23 Dis 1994 - PPIM di semua maktab perguruan


FALSAFAH

  • PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam
  • yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah Menengah dan Rendah.
  • Aktivitinya yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal


KANDUNGAN BUKU LOG


Buku Log adalah buku catatan aktiviti yang perlu dimiliki oleh setiap ahli puteri. Catatan dan pengisian buku log diambilkira sebagai penilaian di semua tahap
1. Biodata / Profile Diri

2. Falsafah PPIM

3. Matlamat

4. Objektif

5. Logo

6. Bendera

7. Moto/ Cogankata

8. Lagu Puteri

9. Ikrar Puteri

10. Suluh Kata

11. Struktur Organisasi

12. Catatan/ Laporan aktiviti



IKRAR PUTERI



Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan :

1/ Taat kepada Allah,Rasul,Pemerintah,Guru dan ibu bapa.

2/ Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak

3/ Membangunkan diri dengan sempurna

4/ Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri

5/ Berkhidmat untuk keluarga,masyarakat dan negara.




LAGU PUTERI

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira



Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja


Berkorban Untuk Agama Dan Negara


Dunia Akhirat Mendapat Bahagia


Berusaha Mencari Pengetahuan


Berbakti Membuat Kebajikan


Belajar Mencapai Kemajuan


Bersemangat Penuh Keimanan


Puteri Lembaga Islam Riang Gembira


Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja


Berkorban Untuk Agama Dan Negara


Dunia Akhirat Mendapat Bahagia



SULUH KATA




P -Patuh kepada ibubapa

U -Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T - Taat kepada Allah dan Rasul

E - Erat ukhwah Islamiyah

R - Rela berbakti kerana Allah

I –- Iman dipupuk ilmu dituntut

I- Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali(‘innalillahi wa ‘inna ilayhi raji’un)

S- Solat ditunai setiap waktu

L- Larangan Allah dijauhi

A- Akhlaq mulia pengukuh keimanan

M- Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan