1/SEJARAH PENUBUHAN PPIM MALAYSIA
Diilhamkan oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM)
2/PENGASAS
AMAT MULIA
TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH
RAJA PERMAISURI AGUNG MALAYSIA YANG PERTAMA
1. YDP PPIM Pertama dari 1969- 18 Mac 1995
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norashikin Ismail
2. Setiausaha Kehormat Pertama dari 1969 - Jun 1996
Yang Berbahagia Dato’ Lily Majeed
3.YDP PPIM KE 2 -18 Mac 1995 - 1 Feb 1999
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
SEJARAH PENUBUHAN
1980 - PPIM mula diperkenalkan di sekolah menengah
17 Jun 1981 - PPIM dilancarkan secara rasmi
8 Dis 1988 - PPIM ditubuhkan di sekolah rendah
23 Dis 1994 - PPIM di semua maktab perguruan
FALSAFAH
- PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam
- yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah Menengah dan Rendah.
- Aktivitinya yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal
KANDUNGAN BUKU LOG
Buku Log adalah buku catatan aktiviti yang perlu dimiliki oleh setiap ahli puteri. Catatan dan pengisian buku log diambilkira sebagai penilaian di semua tahap
1. Biodata / Profile Diri
2. Falsafah PPIM
3. Matlamat
4. Objektif
5. Logo
6. Bendera
7. Moto/ Cogankata
8. Lagu Puteri
9. Ikrar Puteri
10. Suluh Kata
11. Struktur Organisasi
12. Catatan/ Laporan aktiviti
IKRAR PUTERI
Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan :
1/ Taat kepada Allah,Rasul,Pemerintah,Guru dan ibu bapa.
2/ Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
3/ Membangunkan diri dengan sempurna
4/ Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
5/ Berkhidmat untuk keluarga,masyarakat dan negara.
LAGU PUTERI
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
SULUH KATA
P -Patuh kepada ibubapa
U -Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T - Taat kepada Allah dan Rasul
E - Erat ukhwah Islamiyah
R - Rela berbakti kerana Allah
I –- Iman dipupuk ilmu dituntut
I- Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali(‘innalillahi wa ‘inna ilayhi raji’un)
S- Solat ditunai setiap waktu
L- Larangan Allah dijauhi
A- Akhlaq mulia pengukuh keimanan
M- Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan